Aku akan kembali.

Assalamualaikum semua...

Rasa dah lama sangat tak menulis dalam blog ni. Nasib baik belum berpuaka lagi blog ni, cuma dah bersarang je sikit. Hahahaha.. Harini tiba-tiba rasa macam nak menulis, rasa nak kembali menulis dalam blog ni setelah sekian lama berhenti.

Apa yang buat aku nak menulis semula? Maybe salah satu sebabnya, skop presentation Kemahiran Berfikir kena buat pasal blog yang menarik. Bila tengok kawan-kawan present pasal blog orang, so rasa macam nak touch up semula blog aku ni. Acah acah nak jadi famous blogger kan?? Hahahahaaha!

Tak adalah just rasa nak share cerita je. So nantikan entri seterusnya. Maybe bulan depan? Atau tahun depan... tengoklah kalau sempat nak update. Hahahaha. Sekarang stress sangat sebab dah nak final exam, minggu depan 3 presentation kena hadap. Wahhhh stressnya!!!!!!!!!!!!!!!

Takpelaaa, life students memang macam ni kan. Just enjoy je kan... Got to go! Bye ~~

Cinta.


Cinta...
Apa yang anda faham mengenai cinta?
Dari manakah datangnya rasa cinta?
Lahirnya sebuah cinta adakah datangnya dari hati?
Atau hanya hawa nafsu yang melonjak-lonjak inginkan cinta?

Cinta kepada Allah.
Cinta kepada Rasul.
Cinta kepada manusia.
Cinta kepada ilmu.

Semuanya berkaitan dengan cinta.
Hidup ini perlukan cinta.

Tetapi adakah kita mampu hidup tanpa cinta.
Adakah cinta sangat penting buat kita?

Tetapi ada kalanya kita salah menilai sebuah cinta.
Terlalu mengejar cinta manusia sampai kita lupa cinta kepada pencipta kita.

Kerana cinta anak muda sanggup memudaratkan diri sendiri.
Dan kerana cinta ada yang bermusuhan sesama sendiri.
Bahayanya sebuah cinta yang palsu.
Bahayanya sebuah cinta yang datangnya dari hawa nafsu.

Lihatlah dunia...
Kerana cinta ramainya anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Mangsa kerana dibuang oleh ibu bapa yang tidak mahu bertanggungjawab.
Allah...
Adakah kita semua sudah sampai ke penghujungnya?

Tetapi...
Cinta bukanlah memudaratkan kita sepenuhnya.
Ada cinta yang boleh membahagiakan kita.
Ada cinta yang mampu memberi ketenangan kepada kita.

Dari manakah cinta seperti itu datang?
Dari hati manusia yang ikhlas mencintai Allah.
Dan apabila kita mencintai Allah nombor satu...
In shaa Allah kita akan temui kebahagian yang sebenar.

Ingatlah bahawa cinta manusia itu tidak kekal selamanya kerana cinta kepada Allah adalah yang kekal selamanya.

Sekian...

Love or Fear

My soul is not contained within the limits of my body
My body is contained within the limitlessness of my soul
I've often said that 
I wish people could realize all their 
dreams and wealth and fame and

so that they could see that it's not where 
you're going to find
your sense of completion.

I can tell you from experience 
the effect you have
on others is the most
valuable currency there is.

Because everything you gain in life
will not and fall apart
and all that will be left of you
is what was in your heart.

We're not be avatars we create
We're not pictures on the film stock

We are the light that shines through
All else is just smoke and mirrors
Distracting but not truly compelling

Our eyes are not viewers
They're also projectors
That are running a second story over the picture
that we see in front of us all
the times fear is writing that script.

Now fear is going to be a player in your life
You get to decide how much
You could spend your whole life imaging ghosts

Worrying about the pathway to the future
but all there will ever be
is what's happening here is the decisions
we make in this moment
which are based in either love or fear.

So many of us choose our path out of fear
disguised as practically

What we really want seems impossibly out of reach
and ridiculous to expect so we never dared
to ask the universe for it.

I'm saying that you can ask the universe
for it life doesn't happen to you

it happens for you
as far as I can tell it's just about
letting the universe know what you want
and working toward it.

While letting go of how it comes to pass
why not take a chance on faith

Not religion but faith
not hope but faith 
I don't believe in hope
hope is beggar
hope walks through the fire
and faith leaps over it.

You are ready
and able to do beautiful things in this world
and after you walk through those doors
today you'll only ever have two choices.

Love or fear
choose love
and don't ever let fear turn you against your playful.

-Unknown-

Selamat Tinggal Asasi.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Ternyata begitu lama aku tidak menulis dalam blog ini.
Dan hari ini aku rasa rajin pulak nak menulis.

Dan kini...Tamatlah perjuangan aku sebagai seorang pelajar Asasi Sains Pertanian UPM pada 9 Mei 2014.
25 Mei 2013 aku mula menjejakkan kaki ke UPM sebagai seorang pelajar asasi dan kini aku melangkah keluar dan bakal menjejak masuk semula sebagai seorang mahasiswi UPM.
Doakan yang terbaik buat aku.



Sepanjang kehidupan aku sebagai seorang pelajar asasi,aku belajar banyak perkara yang sebelum ini aku langsung tidak tahu mengenainya. Dan aku juga mengenali ramai kawan yang berasal dari seluruh pelusuk negara ini. Tidakkah ayat aku begitu dramatis? Hehehe.

Dan aku bersyukur kerana dikurniakan rakan rakan yang banyak membantu aku. Ditempatkan di kolej 13 dan bilik f301 aku mengenali roommates yang sangat baik dan sentiasa membantu aku. Ada yang berasal dari Melaka,Johor,Pahang,Perak dan KL. Oh Jiha,Fati,Zal,Syiqah dan Ila,mengenali kalian semua membuatkan aku tidak berasa sunyi didalam bilik itu. Terima kasih kerana mewarnai hari hari ku.



Dan dimasukkan ke dalam kuliah 12 membuatkan aku mengenali lebih ramai kawan yang banyak karenahnya. Ada yang serius, ada yang melawak dan ada juga yang selamber je. Setiap hari belajar dalam kelas yang sama, lab yang sama dan ladang yang sama. Hehehe.
Terima kasih kerana melayan karenah aku yang kadang kadangnya menyakitkan hati dan kadang kadangnya ada gunanya juga. hehehe. Aku bahagia berkenalan dengan kalian semua. Thank you so much guys!


Although we are far each other now, but all of you are still in my heart. And I'll never forget our memories together. DOBLAS, I love you!

Last but not least, thank you Mom and Dad because always keep praying for me. Terima kasih kerana mendidik kakak sehingga menjadi insan yang seperti hari ini. If Allah willing, I'll try to be a better person soon!


Aku doakan semoga kawan kawan semua berjaya didunia dan diakhirat. Amin.
Semoga kalian mendapat course yang kalian inginkan.
Semoga kita berjumpa lagi.
Selamat tinggal asasi!


Lots of love,
Maya.








Mutiaraku ...

Mutiara? Apa pulak ni kan...
Mungkin ada yang dah tahu apa sebenarnya mutiara yang aku katakan ni..
tadaaaa...inilah mutiara aku..


kura kura ni lah mutiara yang aku katakan..
kenapa aku labelkan dia sebagai mutiara?
sebab nama dia Lu'lu...dan dalam Al-Quran kalau aku tak silap Lu'lu ni bermaksud Mutiara.
haaa comelkan nama kura kura ni.. comel ke tidok?
hihihihi...

dan ramai yang tanya kenapa Lu'lu??? penuh tanda tanya kat kepala dorang bila tanya aku soalan ni.
dan aku steady je jawab..saja..suka hati lah kan aku nak letak nama apa pada dia..
tapi bila aku jawab mcm tu mulalah ada yang salah faham...haishhhhh susah susah orang mcm tu kan..
dan ada yang persoalankan aku letak nama ni sebab seseorang ke?
hmmm sama sekali tidak..aku rasa mcm jawab soalan wartawan melodi dah..hahahaha...

biarlah aku cerita sikit sejarah mcm mana aku boleh ada bersama Lu'lu ni..


sebenarnya macam ni..
before aku ada Lu'lu ni aku ada 3 ekor kura kura..tapi seekor demi seekor pergi meninggalkan aku..
cehwahhh ayat sedih kan..tapi mmg sedih pun..Nico,Minah dan Peah..semua nya mati sebab sakit..
mungkin aku tak pandai jaga dorang lagi kot...yelaaa first time dapat Peah tu dia tak suka aku bagi makan dia..lama lama okay lah...semakin besar...tapi beberapa hari before Muet speaking test,dia mati..masa dia sakit tu aku menangis lah jugak...yelaa kesian tengok dia...takpelaa dah takdir dia pergi..nak buat mcm mana kan...Nico pun sakit jugak dan telah dilepaskan di tasik bukit ekspo..tak tahu lah mcm mana keadaan dia sekarang..entah hidup entah tidak...Minah pulak mati secara tiba tiba..aku pun tak pasti kenapa dia boleh mati...redha...

lepas Peah mati aku rasa sunyi lah sikit sebab selalu balik kelas mesti akan bagi dia makan..
tapi tengok bekas kosong,hati aku pun kekadang rasa kosong..
walawehhhh ayat apa ni...hahahahaha...

 dan kebetulan masa tu dekat upm ada ekspo pertanian dan adalah jual ikan,kura kura dan mcm2 lah..
aku ingat nak beli lah kura kura baru..tapi mak aku cakap tak payah lah...nanti mati lagi nayaaa je kura kura tu..so aku pun dengar cakap mak..tak beli..
dan tak sangka,rezeki aku kot..my friend hadiahkan aku seekor kura kura baru..
thanks kawan :))

mula aku kekok jugak nak jaga kura kura baru ni..yelaa takut takut dia tak nak makan ke kan..
so lama lama akhirnya dia makan lah jugak tu yang sampai gemuk mcm sekarang ni..hehehehe..
dan mcm mana pulak dapat nama Lu'lu tu?

mcm ni cerita dia..roommate aku lah si Jiah tu..mula panggil dia Alut..sebab dia ada anak buah yg nama Alut dan dia kata comel sangat..kura kura ni pun comel..so dia tak abis abis panggil Alut Alut Alut...dan bila aku check jantina si kura kura ni rupanya dia betina lah...alaaaa Alut tu dah comel namanya...tapiii...last last terfikir dalam otak aku secara tetiba nak panggil dia Lu'lu..sebab mcm comel je..lagipun aku teringat cerita yg Yana Samsudin berlakon dgn Farid Kamil dulu tu...cinta Lu'lu..apa tah yg penting dia ada nama Lu'lu..hahaha


so kepada sesiapa yang salah faham tentang nama kura kura aku ni..sila perbetulkan kefahaman anda kayyy...
takde lah,ada yang fikir aku letak nama ni sebab seseorang..
aku ada kawan nama dia Luqman,kira baik lah dengan dia ni..kira dah mcm adik beradik la...hahaha..
dan ada lah orang yg fikir aku bagi nama Lu'lu sebab si budak Luqman ni.. aiyooo...*tepuk dahi...
100% tidak okay...no no no...harap maklum...:))

apa yang paling penting aku sangat sayangkan kura kura ni..hari tu kawan aku bergurau dgn aku..
aku bagi dorang bawak Lu'lu jejalan kat bukit ekspo..lepas tu,dorang tipu yang dorang tertinggal Lu'lu kat bukit ekspo..Ya Allah time tu jantung aku rasa nak stop je..terduduk aku bila fikirkan si Lu'lu ni..
yelaa cuba bayangkan dia sorang sorang kat bukit ekspo yang gelap tuh..haiyooo...
rupa rupa aku telah ditipu..kuajoooooooo....
takpelaaa at least Lu'lu okay okay je..heeee...

haritu makanan Lu'lu dah habis..dan aku beli yang baru dan lain sikit jenis dia dari yg before tu..dia tak nak makan...aiyoo nak yang lama jugak...mula dia tak nak makan tu aku ingat kan dia sakit..last last Dr Syiqah ehehehe...dapat jalan penyelesaian nya..rupanya dia nak makanan lama..tak lena aku tidur malam tu sebab fikirkan si Lu'lu ni...
esoknya aku pun pergi lah Mines dgn Mama Syadia untuk beli makanan Lu'lu ni..lepas habis kelas terus pi Mines semata mata untuk Lu'lu..sayang betul kan pada Lu'lu..hahahaha...

wahai sayangku Lu'lu,membesar dengan baik okay..besar nanti jadi kura kura yang baik tau..
bila Lu'lu dah besar nanti,kita carikan Lu'lu teman hidup yer..so jangan risau...sekarang ni teman kita je tau..hohohoho...



okaylah...sekian cerita tentang Lu'lu..nak pi cuci cengkerang dia..hehehe
bye ~~~