Jodoh di tangan Allah S.W.T



Wedding TOMOK ~ I like this photo.

Assalamualaikum guys! sekarang aku tersangatlah boring nya..tadi belajar English kejap,lepas tu rehat lah skang ni..hehehe...

okay berbalik kepada tajuk post aku ni,kenapa aku buat tajuk tu?
hurm,Jodoh di tangan Allah.
Am I right???

sekarang aku tengok gadis-gadis kat luar sana tu sibuk sangat mencari CINTA, penting sangat ke???
okay memang penting tapi buat masa sekarang ni aku rasa tak penting sangat kot..
kita still belajar kan??
so just focuses on your study dear :)

sebenarnya kan,pada pendapat aku lah,jodoh semua dah ditentukan oleh Allah S.W.T.
kita memang perlu mencari tapi kadang-kadang kena lah tengok masa yg sesuai.
kalau Allah dah takdirkan kita bertemu jodoh sekarang, just say Alhamdulillah..
tapi kalau belum lagi,janganlah sibuk-sibuk nak cari...Astagfirullah...

seronok kalau dah jumpa jodoh kita yg telah ditakdirkan untuk kita kan?
sangat sangat seronok...

sebenarnya aku banyak lagi nak tulis tapi bila tengah tulis ni lupa apa benda nak tulis..menyampah betul lah ... sokmo jadi mcm tu...argh!!!!

nanti kalau aku ada nak tulis apa-apa aku tulis lah lagi eh...
got to go...nak sambung belajar balik..
bye!!!

Chapter 4 Form 4:Sample Question.


Assalamualaikum semua.Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia.
hehehe..

sebenarnya tak tahu nak tulis apa tapi tiba-tiba terfikir apa kata kalau aku share sedikit ilmu kepada adik-adik yg bakal ambil SPM tahun ni dan sesuai juga untuk adik-adik yg baru masuk Form 4.

Aku dapat contoh soalan ni dari dalam buku yg aku guna masa sekolah dulu (amboi mcm dah lama je padahal baru tahun lepas)
hehehehe

I hope that this sample question can help you all okay !



a). Why sodium atom is more reactive/electropositive than lithium atom?

Suggeted answer:
-Proton namber sodiumis bigger than lithium.
-Atomic size sodium is bigger.
-Distance between nucleus and valence electron is far.
-Attraction between nucleus and valence electron is weak.
-Tendency to release electron more easily.

b). Why fluorine atom is more reative/electropositive than chlorine atom?

Suggested answer:
-Proton number fluorine is smaller than chlorine.
-Atomic size fluorine is smaller.
-Distance between nucleus and valence electron is short.
-Attraction between nucleus and valence electron is strong.
-Tendency to release electron is increases.

c). Why atomic size of sodium is bigger/electropositive than chlorine?

Suggested answer:
-Proton number sodium is bigger than chlorine.
-Attraction between nucleus and valence electron is weak.
-Atomic size of sodium is bigger.

d). Why chlorine atom is more electropositive than magnesium atom?

Suggested answer:
-Proton number chlorine is smaller.
-Atomic size of chlorine is smaller.
-Attraction between nucleus and outer electron is strong.
-Tendency to receive electron is increases.


maafkan aku kalau ada tersilap ke apa ke,aku hanyalah manusia biasa dan tidak sempurna.
ceywah !!!
okaylah selamat belajar adik-adik semua.



Persediaan Minda Pelajar Cemerlang.


Assalamualaikum dan selamat pagi.
kali ni aku nak share dgn korang semua mcm mana nak buat persediaan minda sebagai seorang pelajar yg cemerlang.

Setiap orang nak cemerlang kan?? Tak de siapa nak gagal dalam masa depan dia.
tak tahu laa plak kalau ada yg tak nak berjaya kan...

okay tips ni aku dapat daripada hasil bacaan buku Osman Affan.
so memang bagus lah buku dia tu...korang mesti baca tau !

ada 3 tips untuk membuat persediaan minda sebagai seorang pelajar yg cemerlang.

1. Musnahkan VCD lama
Vcd-vcd itu perlu dimusnahkan terlebih dahulu. Jika ia tidak dimusnahkan, ia akan sentiasa terpasang dengan sendirinya setiap kali pelajar-pelajar tadi mahu mengulangkaji pelajaran.
Maksudnya korang kalau korang seorang yang malas and dah set dalam minda korang tu yg korang malas nak buat something,korang kena buang pemikiran mcm tu,musnahkan okay.

2. Cipta VCD baru
Vcd baru perlu dicipta. Alangkah baiknya jika setiap kali anda ingin mengulangkaji pelajaran, vcd yang terpasang sendiri akan memaparkan yang belajar itu menyeronokkan, menenangkan, mudah, membanggakan dan menggembirakan? Jadi, anda perlu mencipta vcd sebegini supaya ia dapat menggantikan vcd yang telah dimusnahkan tadi.

3. Mainkan VCD baru
“Play’. Mainkan vcd baru itu. Anda perlu pastikan vcd baru yang telah anda cipta itu terpasang setiap kali anda mahu belajar atau mengulangkaji pelajaran.

so kalau korang nak tahu lebih lagi kena lah beli buku ni.
aku tak sure kat kedai buku raub ni ada ke tak buku ni,
kalau korang rajin pergi lah cari eh.
kalau tak jumpa usahakan lah nak cari jugak buku ni,kalau korang nak berjaya lah.
InsyaAllah ada jalan..


semoga berjaya.
got to go !
bye !


Petua Dapur


Assalamualaikum wbt semua.
kali ni aku nak kongsi petua bila kat dapur.
aku pun bukan lah selalu ada kat dapur,tapi just nak shared jugak lah dgn anak dara semua.

hehehe...
aku ada 4 petua apabila ada kat dapur,

1. Cara memilih telur.
-Pilih telur yg tidak retak dan yg segar.
-Kulitnya kesat.
-Apabila digoncang dalamnya padat.

2. Merangupkan jering tua.
-Tanam jering tersebut kedalam tanah ataupun pasir.
-Biarkan selama 3 hari.
-Setelah dikeluarkan pastikan korang bersihkan tau.

3. Mengekalkan kesegaran udang.
-Udang basah mudah berbau kalau tak pandai simpan.
-First,korang bersihkan dan buangkan kulitnya dulu.
-Gaulkan udang tersebut dgn gula kasar.
-Simpan dalam peti ais.

4. Mengembalikan rasa sedap tempoyak.
-Semasa masak tempoyak dgn ikan ataupun bahan-bahan lain,campur dgn serai yg dititik dan daun kunyit.
-Kalau suka,boleh campurkan dgn pati santan.
-Rasa tempoyak itu pasti akan sedap.

okaylah selamat mencuba ye.
bye!

Tips menjadi pekerja cemerlang (Bahagian 2)



Assalamualaikum semua.
okay kali ni aku nak sambung tips macam mana nak jadi pekerja cemerlang bahagian kedua.
semalam aku bagi 5 tips kan?
sekarang aku nak sambung dgn tips yg ke 6.

Tips Menjadi Pekerja Cemerlang :
6. Tunjukkan kemampuan.
Masing-masing mempunyai kemampuan mereka sendiri.Tunjukkan pada majikan dan rakan sekerja anda bahawa anda mampu memberikan yang terbaik.Sesekali tunjukkan kreativiti dan bakat yang anda semua ada.

7. Mempunyai hubungan yang baik.
Pastikan anda mempunyai hubungan yang baik dengan majikan anda.Luangkan masa utk beriadah bersama-sama utk mengeratkan hubungan silaturahim anda.

8. Pilih pekerjaan yg betul.
Pastikan bidang kerja anda sesuai dgn latar belakang pendidikan.Jika bidang anda terkeluar drpd bidang yg anda pelajari,ianya mungkin akan memberi kesan terhadap pekerjaan anda.

9. Bersikap baik dgn setiap orang.
Anggap setiap orang adalah penting.Tunjukkan sikap yg baik dan ramah sesama rakan sekerja.Pasti anda akan dapat melakukan kerja dgn baik sekiranya tiada perselisihan antara rakan sekerja.

10. Kerja lebih masa.
Tepati waktu kerja tetapi tidak semestinya menepati waktu pulang kerja.Anda bertanggungjawab terhadap diri anda.Pekerja yang berjaya tidak akan membuang masa kerjanya malah akan berusaha melakukan kerjanya dgn jayanya.

okay semoga anda berjaya dgn kerjaya anda.
jalankan kerja dgn baik.
jgn curi tulang tau !
jgn makan gaji buta,kerja tak buat gaji nak lebih.
haisshh ....
bye !!!

Tips to learn English.



Assalamualaikum guys.How are you today?I hope you all fine okay!
today I want to share with you How To Learn and Improve your English.
maybe certain people are good in speaking but for me I'm still not good in English.
now I'm learning to improve my English.
wish me luck okay :)

let start our tips.
pay your attention okay.


Tip 1 - Failure or weaknesses in the past is not a sign to prove yourself.
Tip 2 - Acquire vocabulary.
Tip 3 - Master English Grammar.
Tip 4 - Think in English.
Tip 5 - Write a diary in English.
Tip 6 - Find friends good English and friends who want to know how the English language.
Tip 7 - Memorize the verses in English for daily use.

So,I hope you can practice all the tips okay if you're really want to improve your English.
"Man Jada Wa Jada" 
right??

Good luck dear, and wish me luck too okay.
see you!
bye!

Tahukah anda? : Mengapakah doktor bedah memakai pakaian berwarna hijau semasa pembedahan?


Assalamualaikum semua dan selamat malam.
sebelum tidur ni nak buat satu entri ttg kenapa doktor bedah pakai baju warna hijau.??
korang tahu ke?
kalau tahu baguslah,aku tak tahu dan sekarang aku dah tahu.
hehehe...hasil daripada membaca...
Alhamdulillah ~ versi Nasir Bilal Khan...huhuhu...

okay macam ni citer die...


Semula memang yang digunakan adalah warna putih yang melambangkan kebersihan. Namun, seorang doktor berpengaruh menggantinya dengan warna hijau kerana menurut dia warna hijau lebih nyaman di mata.
  
Walaupun sukar disahkan mengapa warna hijau jadi popular kerana alasan ini, hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah lawan dari warna merah dalam roda warna.

Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah dalam melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan isyarat warna merah di otak memudar sensifitasnya terhadap variasi warna merah.

Alasan lain adalah, terus-menerus menumpukan pada warna merah akan menyebabkan ilusi nofa berwarna hijau pada latar warna berwarna terang atau putih. Ini akan menggangu penglihatan doktor. Jika warna baju ahli bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

so dah tahu kenapa kan?
hehe..enjoy your reading ..
bye!




Segmen : + Follower 2013


Assalamualaikum semua dan selamat petang.
Jom join segmen ni.
Klik banner untuk join okay :)



I'm Newbie :)

bye !



Tutorial 9 : Wishlist



Assalamualaikum . macam mana nak buat wishlist ?
senang je.meh aku tunjukkan.

jom kita start.

1. Dashboard > Layout > Add gadget > HTML/Javascript

2. copy kod kat bawah ni dan paste kan dalam ruangan tersebut.

<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="wish korang" checked />wish korang <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="wish korang" checked />wish korang <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="wish korang" checked />wish korang <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="wish korang" disabled />wish korang <br />
</form>

3. Dan Checked utk wish yg tercapai dan kalau belum tercapai tukar kepada Disabled.

4. Merah tu pulak tukar kepada apa yang korang nak.

5. Save dan siap!

gud luck . bye !


Tutorial 8 : Letak Button Dashboard


Assalamualaikum.banyak betul aku buat tuto hari ni kan?
ala biasalah nak memperbanyak tuto kat blog aku ni.

so korang nak buat Button Dashboard kat blog korang ??
kalau yg tak da navbar tu mungkin senang kot nak pergi ke Dashboard.
hehehe...

okay mari kita mulakan.
Bismillahirahmanirahim...

1. Dashboard > Layout > Add Gadget > HTML/Java Script

2. korang copy kod kat bawah ni eh dan paste kan ke ruangan tu.

<div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div>

3. Save dan siap :)

semoga berjaya.
bye !


Tutorial 7 : Double Underline




Assalamualaikum semua. kali ni aku nak buat tuto macam mana nak buat Double Underline.

okay mari kita mulakan .

1. Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget

2. Tekan F3 dan search kod ni :

/* Header 

3. Copy kod kat bawah ni pulak ye,

u {
text-decoration:underline;
border-bottom: 2px dotted #FF0080;padding: 0px;
}

4. Paste kan kod di step 3 DIATAS kod /* Header .

5. Edit tulisan berwarna BIRU tu ikut cita rasa korang okay.
**Contoh,
Dotted boleh ditukarkan kepada Dashed.
#FF0080 boleh tukar ikut warna yang korang suka.

6. Kalau tak da error korang save ok !

selamat mencuba ye :)
bye !!

credit to : Kak Lyssa.



Tutorial 6 : Centerkan header




Assalamualaikum semua. sempat lagi kan nak buat tuto ni.
okay macam mana nak centerkan header?
kalau centerkan baru nampak cantik kan ??

okay jom kita start .

1. Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget

2. Korang tekan F3 dan search kod ni :

#outer-wrapper {

3. Pastu bawah kod yg korang cari tu ada kod ni kan,

background:#FFFFFF;
width: 1000px;

4. Maknanya outer-wrapper {   tu 1000px kan???

5. Belum siap lagi lah, tunggu...korang search pulak kod ni ,

#header-wrapper {

6. Korang pastikan width dekat outer-wrapper tu sama dgn kat header. dan kalau dah sama means korang punya header dah center lah..

7. Kalau tak de error klik je save !

selamat mencuba okay!
bye !

credit to : kak Lyssa.

Tutorial 5 : Cari blog ID



Assalamualaikum.okay pagi-pagi ni aku nak buat tutorial macam mana nak cari blog ID korang.
ada jugak yang masih tak tahu mana nak cari blog ID tu.
meh sini aku bagi tahu.

jom kita mulakan....hehehe....

1. Dashboard > Create post .

2. Lepas tu korang tgk gambar ni ok. 



3. okay mudah kan? sebenarnya banyak lagi cara nak dapat kan blog ID ni. dan yg aku shared ni adalah salah satu caranya.

selamat mencuba okay.
sekarang nak pergi kerja plak.
*kat dapur ..hehhe

bye !!!

1st Giveaway By Puterikasih.com



Klik banner kalau nak join .

http://www.puterikasih.com

Assalamualaikum semua. tadi aku jalan-jalan kat blog orang-orang lain and then terjumpa satu entri ni pasal contest.so mcm berminat jek nak masuk.

kat SINI lah aku jumpa GA nie...jom kita join ramai-ramai.

Tujuan 1st Giveaway By Puterikasih.com ini adalah untuk meraikan ulangtahun yang kedua puteri sebagai seorang blogger dan juga bersempena dengan perasmian blogshop puteri yang pertama iaitu All About Craft.
antara syarat-syarat GA ni ialah :

Syarat-syarat untuk menyertai 1st Giveaway By Puterikasih.com
1) Buat entri bertajuk “1st Giveaway By Puterikasih.com”
2) Jangan lupa untuk letakkan banner dalam entri.
3) Follow kesemua penaja jika korang baik hati
4) Copy ayat dibawah ini dan pastekan ke entri :
“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About Craft, Dikbi, Azie Namico, Josrevalution @JR, Nurul Syarafina, Azziamiza, Zuhanif, Kiosk Vitamin, Cik Yaya, Kimmie,  Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia”
5) Tag sekurang-kurangnya seorang rakan. Kalau nak tag lebih pun diizinkan.

dan ada something nak bagi tahu korang semua .


“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About Craft, Dikbi, Azie Namico, Josrevalution @JR, Nurul Syarafina, Azziamiza, Zuhanif, Kiosk Vitamin, Cik Yaya, Kimmie,  Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia” 



kalau korang semua nak maklumat lanjut, sila singgah di http://www.puterikasih.com.

marilah sama-sama kita memeriahkan GA by Puterikasih.com ni..

sekian saja dari Maya.masa untuk tidur !!!
selamat malam semua.
"semoga hari esok lebih baik daripada hari ini bagi kita semua.Amin"




Tutorial 4 : Buang Shadow Keliling Blog





Assalamualaikum ! kali ni aku nak ajar macam mana nak buang shadow keliling blog korang tu.
nampak tak berapa nak cantik kan kalau ada shadow tu??
bagi aku tak cantiklah tapi aku tak tahu lah kalau korang suka.hehehe.

okay jom kita mulakan.

1. Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget.

2. Then korang tekan F3 dan korang search kod ni :

/* Content

3. Dan kalau korang tak jumpa kod tu, cuba korang cari kod ni pulak :

.content-outer {

4. kalau dah jumpa korang akan jumpa kod yang seakan-akan ini :

.content-outer {
  -moz-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .15);
  -webkit-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread.webkit) rgba(0, 0, 0, .15);
  -goog-ms-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread.ie) #333333;
  box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .15);

5. Korang delete kod dibawah  .content-outer {   bermula dari  -moz-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .15);  sehingga ke box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .15); .

6. Okay kalau tak da error korang save dan siap !

Selamat mencuba dan semoga berjaya!
berjumpa dalam tutorial seterusnya.
bye !!!




Tutorial 3 : Remove Navbar





Assalamualaikum guys ! I'm back! hehehe....
okay sekarang ni aku nak buat tutorial macam mana nak remove navbar.
tau tak navbar tu apa?

kalau tak tau meh aku bagitau.
actually navbar tu macam ni :

ni la dia NAVBAR nya ...

okay sekarang kita mulakan okay.follow the step.

1. Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget.

2. Then korang tekan F3 dan search kod ini :

]]></b:skin>
3. Lepas tu korang copy kod dibawah ni dan paste kan DIATAS kod di step 2 tadi.

 #navbar-iframe {
display:none;
}

4. Dan kalau tak ada error korang save okay !

5. Siap !!!

Selamat Mencuba. 
Bye!

*watching Dalam Hati Ada Taman episod akhir.


Tutorial 2 : Tutorial Letak Kod HTML di post entri.




Assalamualaikum semua. kali ni aku bank nak buat tutorial macam mana nak masukkan kod html dalam post entri.bukan apa sekarang ni ramai yang nak buat tutorial mesti nak masukkan kod html kan??
so ada yang tak tahu.meh sini aku nak bagitau.

nak masukkan kod html ni bukan sesuka hati je tau, kena ada caranya.
jangan memandai okay.

jom kita mulakan..mulakan dengan bismillah okay ! hehehe

1. Korang pergi kat SINI .


2. Lepas tu,korang masukkan kod apa-apa yang korang nak dekat bahagian input.

3. Then,korang tekan ENCODE tau...

4. Keluarlah kod dekat bahagian RESULT,huhh, barulah korang boleh copy kod tu dan buat post korang.

5. Siap.!

semoga korang berjaya.
doakan yang terbaik utk kita semua okay!
bye!

Tutorial 1: Remove Attribution


Assalamualaikum semua. okay hari ni aku tergerak hati nak buat tutorial and this is the first tutorial from me.hehehe...

okay kali ni aku nak buat tutorial mcm mana nak buang attribution.
meh aku bagitau apa benda tu,
kalau korang perasaan kat bawah blog kita tu ada tulis 
Power by Blogger

huhh,,itulah dia attribution nya ... so kalau korang tak suka nak tgk benda tu, korang boleh buang dan caranya macam ini. follow the step ok!

1. Dashboard > Design >  Edit HTML > Tick Expand Widget.

2. Lepas tu, tekan F3 dan search kod ni :

<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'> 

3. Bila korang dah jumpa kod tu, korang tukar kan tulisan berwarna biru tu kepada false .

4. Dah siap kan, save!

5. Eh nanti dulu, belum siap lagi. Sekarang korang pergi dekat layout blog korang, dan korang tgk ada Edit Widget Attribution kat bawah tu kan, korang tekan edit dan ada button Remove . just click button tu dan siap !

okay kalau tak menjadi tak tau laa eh..btw selamat mencuba.

credit to : kak Lyssa



Renungan sejenak : Tanda-tanda kecil Kiamat .


Assalamualaikum guys ! hari ni aku nak share something . tadi terbaca kat facebook so tiba-tiba idea datang nak buat post ni . so selamat membaca okay !



»» TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP ««

► Banyak saksi palsu..
► Kurang sifat amanah..
► Zina bermaharajalela..
► Ramainya anak luar nikah..
► Penaklukan Baitulmuqaddis..
► Bermaharajalela alat muzik..
► Banyak berlakunya gempa bumi..
► Ramai orang soleh meninggal dunia..
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya..
► Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya..
► Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil..
► Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja..
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat..
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang..
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan..
► Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita..

Sabda Rasulullah saw
" Sebarkan walaupun sepotong ayatku "
Tanda apa lagi yang anda tunggu ?

okay lah , just nak shared . sama-samalah kita renung-renungkan.
InsyaAllah .
bye !
*peace yaww !!!*




Tips hilangkan jerawat dan parut jerawat .

Assalamualaikum guys ! this time I want to share something with you all ! 
Sometimes we do not have to spend a lot of money  to beautify the face. Acne and acne scars can be removed by using materials commonly found in the kitchen or around us.
*mengada nak kecek english konon*

Menghilangkan Jerawat Dengan Kelapa
Bahan-bahan: Air Kelapa Tua
Cara-cara: Jerawat boleh dihapuskan dengan air kelapa tua. Atau rajin-rajinkan diri minum minyak kelapa dara. Awet muda.


Menghilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi
Bahan-bahan: Nasi Sejuk
Cara-cara: Nasi yang tidak habis boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Pastikan guna kanji nasi yang sejuk.


Menghilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras dan Biji Betik
Bahan-bahan: Beras dan Biji Bitik
Cara-cara: Air rendaman beras dan biji betik yang ditumbuk lumat bila digabungkan akan menjadi bahan pencuci muka yang baik. Jika tidak digunakan boleh dijemur sehingga kering dan disimpan.


Menghilangkan Jerawat Dengan Teh Berwarna Hijau
Bahan-bahan: Daun Teh Hijau
Cara-cara: Daun teh terkenal sebagai rahsia melembutkan kulit tangan. Tangan jadi lebih mulus dan cantik. Siapa tahu, teh berwarna hijau juga boleh digunakan untuk melicinkan muka?


Menghilangkan Jerawat Dengan Jambu Batu
Bahan-bahan: Daun Jambu Batu
Cara-cara: Daun jambu batu yang telah dilumatkan juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, gaulkan dengan bedak sejuk, lalu sapu ke muka bila hendak tidur.

Daun senduduk, salah satu bahan untuk menghilangkan parut jerawat
Petua Menghilangkan Kesan Parut Jerawat di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik dan nampak ganas serta samseng. Janganlah bimbang sangat. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Cara-cara untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:


Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis
Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Cara-cara: Asahkan kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada kulit muka yang berparut pada setiap malam. Keesokkan harinya, cucilah muka dengan menggunakan air suam.


Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Timun
Bahan-bahan: Timun
Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Bahan-bahan: Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Cara-cara: Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.



Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Sirih
Bahan-bahan: Daun Sirih Muda
Cara-cara: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka, terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


macam mane ? okay tak ? dapat ilmu dari post ni ? selamat mencuba :)
*aku pon nak try jugak* 

bye ... :)

Keberkatan dan Kebaikan Hari Jumaat . :)

Assalamualaikum guys ! okay hari ni aku nak share sikit tentang KEBERKATAN DAN KEBAIKAN hari JUMAAT . memandangkan hari ni adalah hari JUMAAT , memang sesuai lah aku post entry ni kan ?? hohohoho ....dan hari ni merupakan hari Jumaat yg pertama dalam tahun ni . cepatnye mase berlalu ... *termenung sekejap*

sapa tak pegi solat Jumaat hari ni ?? ngaku cepat ! hahaha  .

1Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

so, banyakkan lagi kelebihan hari Jumaat ni ... sama-samalah kita beringat-ingat sesama sendiri kan . kita di dunia ni hanya sementara . our journey still lama lagi . semoga korang happy dan suka baca post aku kali ni . semoga bersua lagi ... hahaha... Assalamualaikum !
*sambung makan ayam*