Jodoh di tangan Allah S.W.T



Wedding TOMOK ~ I like this photo.

Assalamualaikum guys! sekarang aku tersangatlah boring nya..tadi belajar English kejap,lepas tu rehat lah skang ni..hehehe...

okay berbalik kepada tajuk post aku ni,kenapa aku buat tajuk tu?
hurm,Jodoh di tangan Allah.
Am I right???

sekarang aku tengok gadis-gadis kat luar sana tu sibuk sangat mencari CINTA, penting sangat ke???
okay memang penting tapi buat masa sekarang ni aku rasa tak penting sangat kot..
kita still belajar kan??
so just focuses on your study dear :)

sebenarnya kan,pada pendapat aku lah,jodoh semua dah ditentukan oleh Allah S.W.T.
kita memang perlu mencari tapi kadang-kadang kena lah tengok masa yg sesuai.
kalau Allah dah takdirkan kita bertemu jodoh sekarang, just say Alhamdulillah..
tapi kalau belum lagi,janganlah sibuk-sibuk nak cari...Astagfirullah...

seronok kalau dah jumpa jodoh kita yg telah ditakdirkan untuk kita kan?
sangat sangat seronok...

sebenarnya aku banyak lagi nak tulis tapi bila tengah tulis ni lupa apa benda nak tulis..menyampah betul lah ... sokmo jadi mcm tu...argh!!!!

nanti kalau aku ada nak tulis apa-apa aku tulis lah lagi eh...
got to go...nak sambung belajar balik..
bye!!!

Chapter 4 Form 4:Sample Question.


Assalamualaikum semua.Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia.
hehehe..

sebenarnya tak tahu nak tulis apa tapi tiba-tiba terfikir apa kata kalau aku share sedikit ilmu kepada adik-adik yg bakal ambil SPM tahun ni dan sesuai juga untuk adik-adik yg baru masuk Form 4.

Aku dapat contoh soalan ni dari dalam buku yg aku guna masa sekolah dulu (amboi mcm dah lama je padahal baru tahun lepas)
hehehehe

I hope that this sample question can help you all okay !



a). Why sodium atom is more reactive/electropositive than lithium atom?

Suggeted answer:
-Proton namber sodiumis bigger than lithium.
-Atomic size sodium is bigger.
-Distance between nucleus and valence electron is far.
-Attraction between nucleus and valence electron is weak.
-Tendency to release electron more easily.

b). Why fluorine atom is more reative/electropositive than chlorine atom?

Suggested answer:
-Proton number fluorine is smaller than chlorine.
-Atomic size fluorine is smaller.
-Distance between nucleus and valence electron is short.
-Attraction between nucleus and valence electron is strong.
-Tendency to release electron is increases.

c). Why atomic size of sodium is bigger/electropositive than chlorine?

Suggested answer:
-Proton number sodium is bigger than chlorine.
-Attraction between nucleus and valence electron is weak.
-Atomic size of sodium is bigger.

d). Why chlorine atom is more electropositive than magnesium atom?

Suggested answer:
-Proton number chlorine is smaller.
-Atomic size of chlorine is smaller.
-Attraction between nucleus and outer electron is strong.
-Tendency to receive electron is increases.


maafkan aku kalau ada tersilap ke apa ke,aku hanyalah manusia biasa dan tidak sempurna.
ceywah !!!
okaylah selamat belajar adik-adik semua.



Persediaan Minda Pelajar Cemerlang.


Assalamualaikum dan selamat pagi.
kali ni aku nak share dgn korang semua mcm mana nak buat persediaan minda sebagai seorang pelajar yg cemerlang.

Setiap orang nak cemerlang kan?? Tak de siapa nak gagal dalam masa depan dia.
tak tahu laa plak kalau ada yg tak nak berjaya kan...

okay tips ni aku dapat daripada hasil bacaan buku Osman Affan.
so memang bagus lah buku dia tu...korang mesti baca tau !

ada 3 tips untuk membuat persediaan minda sebagai seorang pelajar yg cemerlang.

1. Musnahkan VCD lama
Vcd-vcd itu perlu dimusnahkan terlebih dahulu. Jika ia tidak dimusnahkan, ia akan sentiasa terpasang dengan sendirinya setiap kali pelajar-pelajar tadi mahu mengulangkaji pelajaran.
Maksudnya korang kalau korang seorang yang malas and dah set dalam minda korang tu yg korang malas nak buat something,korang kena buang pemikiran mcm tu,musnahkan okay.

2. Cipta VCD baru
Vcd baru perlu dicipta. Alangkah baiknya jika setiap kali anda ingin mengulangkaji pelajaran, vcd yang terpasang sendiri akan memaparkan yang belajar itu menyeronokkan, menenangkan, mudah, membanggakan dan menggembirakan? Jadi, anda perlu mencipta vcd sebegini supaya ia dapat menggantikan vcd yang telah dimusnahkan tadi.

3. Mainkan VCD baru
“Play’. Mainkan vcd baru itu. Anda perlu pastikan vcd baru yang telah anda cipta itu terpasang setiap kali anda mahu belajar atau mengulangkaji pelajaran.

so kalau korang nak tahu lebih lagi kena lah beli buku ni.
aku tak sure kat kedai buku raub ni ada ke tak buku ni,
kalau korang rajin pergi lah cari eh.
kalau tak jumpa usahakan lah nak cari jugak buku ni,kalau korang nak berjaya lah.
InsyaAllah ada jalan..


semoga berjaya.
got to go !
bye !


Petua Dapur


Assalamualaikum wbt semua.
kali ni aku nak kongsi petua bila kat dapur.
aku pun bukan lah selalu ada kat dapur,tapi just nak shared jugak lah dgn anak dara semua.

hehehe...
aku ada 4 petua apabila ada kat dapur,

1. Cara memilih telur.
-Pilih telur yg tidak retak dan yg segar.
-Kulitnya kesat.
-Apabila digoncang dalamnya padat.

2. Merangupkan jering tua.
-Tanam jering tersebut kedalam tanah ataupun pasir.
-Biarkan selama 3 hari.
-Setelah dikeluarkan pastikan korang bersihkan tau.

3. Mengekalkan kesegaran udang.
-Udang basah mudah berbau kalau tak pandai simpan.
-First,korang bersihkan dan buangkan kulitnya dulu.
-Gaulkan udang tersebut dgn gula kasar.
-Simpan dalam peti ais.

4. Mengembalikan rasa sedap tempoyak.
-Semasa masak tempoyak dgn ikan ataupun bahan-bahan lain,campur dgn serai yg dititik dan daun kunyit.
-Kalau suka,boleh campurkan dgn pati santan.
-Rasa tempoyak itu pasti akan sedap.

okaylah selamat mencuba ye.
bye!

Tips menjadi pekerja cemerlang (Bahagian 2)



Assalamualaikum semua.
okay kali ni aku nak sambung tips macam mana nak jadi pekerja cemerlang bahagian kedua.
semalam aku bagi 5 tips kan?
sekarang aku nak sambung dgn tips yg ke 6.

Tips Menjadi Pekerja Cemerlang :
6. Tunjukkan kemampuan.
Masing-masing mempunyai kemampuan mereka sendiri.Tunjukkan pada majikan dan rakan sekerja anda bahawa anda mampu memberikan yang terbaik.Sesekali tunjukkan kreativiti dan bakat yang anda semua ada.

7. Mempunyai hubungan yang baik.
Pastikan anda mempunyai hubungan yang baik dengan majikan anda.Luangkan masa utk beriadah bersama-sama utk mengeratkan hubungan silaturahim anda.

8. Pilih pekerjaan yg betul.
Pastikan bidang kerja anda sesuai dgn latar belakang pendidikan.Jika bidang anda terkeluar drpd bidang yg anda pelajari,ianya mungkin akan memberi kesan terhadap pekerjaan anda.

9. Bersikap baik dgn setiap orang.
Anggap setiap orang adalah penting.Tunjukkan sikap yg baik dan ramah sesama rakan sekerja.Pasti anda akan dapat melakukan kerja dgn baik sekiranya tiada perselisihan antara rakan sekerja.

10. Kerja lebih masa.
Tepati waktu kerja tetapi tidak semestinya menepati waktu pulang kerja.Anda bertanggungjawab terhadap diri anda.Pekerja yang berjaya tidak akan membuang masa kerjanya malah akan berusaha melakukan kerjanya dgn jayanya.

okay semoga anda berjaya dgn kerjaya anda.
jalankan kerja dgn baik.
jgn curi tulang tau !
jgn makan gaji buta,kerja tak buat gaji nak lebih.
haisshh ....
bye !!!