Tutorial 1: Remove Attribution


Assalamualaikum semua. okay hari ni aku tergerak hati nak buat tutorial and this is the first tutorial from me.hehehe...

okay kali ni aku nak buat tutorial mcm mana nak buang attribution.
meh aku bagitau apa benda tu,
kalau korang perasaan kat bawah blog kita tu ada tulis 
Power by Blogger

huhh,,itulah dia attribution nya ... so kalau korang tak suka nak tgk benda tu, korang boleh buang dan caranya macam ini. follow the step ok!

1. Dashboard > Design >  Edit HTML > Tick Expand Widget.

2. Lepas tu, tekan F3 dan search kod ni :

<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'> 

3. Bila korang dah jumpa kod tu, korang tukar kan tulisan berwarna biru tu kepada false .

4. Dah siap kan, save!

5. Eh nanti dulu, belum siap lagi. Sekarang korang pergi dekat layout blog korang, dan korang tgk ada Edit Widget Attribution kat bawah tu kan, korang tekan edit dan ada button Remove . just click button tu dan siap !

okay kalau tak menjadi tak tau laa eh..btw selamat mencuba.

credit to : kak Lyssa



Renungan sejenak : Tanda-tanda kecil Kiamat .


Assalamualaikum guys ! hari ni aku nak share something . tadi terbaca kat facebook so tiba-tiba idea datang nak buat post ni . so selamat membaca okay !



»» TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP ««

► Banyak saksi palsu..
► Kurang sifat amanah..
► Zina bermaharajalela..
► Ramainya anak luar nikah..
► Penaklukan Baitulmuqaddis..
► Bermaharajalela alat muzik..
► Banyak berlakunya gempa bumi..
► Ramai orang soleh meninggal dunia..
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya..
► Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya..
► Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil..
► Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja..
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat..
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang..
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan..
► Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita..

Sabda Rasulullah saw
" Sebarkan walaupun sepotong ayatku "
Tanda apa lagi yang anda tunggu ?

okay lah , just nak shared . sama-samalah kita renung-renungkan.
InsyaAllah .
bye !
*peace yaww !!!*




Tips hilangkan jerawat dan parut jerawat .

Assalamualaikum guys ! this time I want to share something with you all ! 
Sometimes we do not have to spend a lot of money  to beautify the face. Acne and acne scars can be removed by using materials commonly found in the kitchen or around us.
*mengada nak kecek english konon*

Menghilangkan Jerawat Dengan Kelapa
Bahan-bahan: Air Kelapa Tua
Cara-cara: Jerawat boleh dihapuskan dengan air kelapa tua. Atau rajin-rajinkan diri minum minyak kelapa dara. Awet muda.


Menghilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi
Bahan-bahan: Nasi Sejuk
Cara-cara: Nasi yang tidak habis boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Pastikan guna kanji nasi yang sejuk.


Menghilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras dan Biji Betik
Bahan-bahan: Beras dan Biji Bitik
Cara-cara: Air rendaman beras dan biji betik yang ditumbuk lumat bila digabungkan akan menjadi bahan pencuci muka yang baik. Jika tidak digunakan boleh dijemur sehingga kering dan disimpan.


Menghilangkan Jerawat Dengan Teh Berwarna Hijau
Bahan-bahan: Daun Teh Hijau
Cara-cara: Daun teh terkenal sebagai rahsia melembutkan kulit tangan. Tangan jadi lebih mulus dan cantik. Siapa tahu, teh berwarna hijau juga boleh digunakan untuk melicinkan muka?


Menghilangkan Jerawat Dengan Jambu Batu
Bahan-bahan: Daun Jambu Batu
Cara-cara: Daun jambu batu yang telah dilumatkan juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, gaulkan dengan bedak sejuk, lalu sapu ke muka bila hendak tidur.

Daun senduduk, salah satu bahan untuk menghilangkan parut jerawat
Petua Menghilangkan Kesan Parut Jerawat di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik dan nampak ganas serta samseng. Janganlah bimbang sangat. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Cara-cara untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:


Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis
Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Cara-cara: Asahkan kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada kulit muka yang berparut pada setiap malam. Keesokkan harinya, cucilah muka dengan menggunakan air suam.


Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Timun
Bahan-bahan: Timun
Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Bahan-bahan: Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Cara-cara: Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.



Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Sirih
Bahan-bahan: Daun Sirih Muda
Cara-cara: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka, terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


macam mane ? okay tak ? dapat ilmu dari post ni ? selamat mencuba :)
*aku pon nak try jugak* 

bye ... :)

Keberkatan dan Kebaikan Hari Jumaat . :)

Assalamualaikum guys ! okay hari ni aku nak share sikit tentang KEBERKATAN DAN KEBAIKAN hari JUMAAT . memandangkan hari ni adalah hari JUMAAT , memang sesuai lah aku post entry ni kan ?? hohohoho ....dan hari ni merupakan hari Jumaat yg pertama dalam tahun ni . cepatnye mase berlalu ... *termenung sekejap*

sapa tak pegi solat Jumaat hari ni ?? ngaku cepat ! hahaha  .

1Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

so, banyakkan lagi kelebihan hari Jumaat ni ... sama-samalah kita beringat-ingat sesama sendiri kan . kita di dunia ni hanya sementara . our journey still lama lagi . semoga korang happy dan suka baca post aku kali ni . semoga bersua lagi ... hahaha... Assalamualaikum !
*sambung makan ayam*

Al-Fatihah buat arwah moyang ....

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)






assalamualaikum wbt ... kali nie Maya nak story sedih sikit .. Hari Jumaat lepas moyang Maya meninggal ... terkejut sangat ... Sedih sekali ... lebih kurang pukul 12.30 pagi hari Jumaat tu Mak Maya kejut ... Aku ingatkan daa pagi sebab hari Jumaat tu aku mmg semangat nak gi amek buku teks kat sekolah pastu kuar jalan2 dgn kawan2... tibe2 Mak ckp moyang meninggal... aku punye reaksi 'Huh ...yeke??" lepas tu aku bleh baring2 lagi nak sambung tidur ... ngek tak aku ni ... hahaha .... pastu baru laa aku pegi kemas2 baju dan kami pon bertolak ke Perak .... nasib baik laa perjalanan kami okey ... ayah ngantok giler lepas sampai kat kg .... aku pon ... :D sebok je ...padahal bukan aku pon yg bawak kete ...:p


Sebelum solat Jumaat arwah moyang selamat dikebumikan .... Sedih nye :(




Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)


Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah s.w.t. (pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum matinya" (Riwayat Al-Tabrani)




Al-Fatihah :(

*thanks to Errin sebab tolong amikkan buku teks aku :)
Thanks a lot yaww ^_^