Day Trip to Singapore

Assalamualaikum semua. Ada sesiapa yang suka jalan-jalan tak? Nak jalan-jalan oversea tapi bajet ada RM250 je? Ramai yang kata nak pergi oversea kena pakai duit banyak. Tapi kalau korang nak tahu, berbekalkan RM250 ni korang boleh jalan-jalan banyak tempat dekat Singapore dalam satu hari.

Baru-baru ni aku ada ikut day trip ke Singapore, korang hanya perlu bayar RM135 dan duit belanja lebih kurang RM115 pun dah cukup. Kalau korang jenis yang suka shopping boleh lah bawak duit lebih sikit. Tapi aku nasihatkan, tak perlulah nak shopping sangat kalau ke Singapore ni. Korang kena sedar yang matawang depa semua tu dalam dollar tauuu!

Kami bertolak pukul 11 malam hari Jumaat, berkumpul dekat KL Sentral. Then bas pun bergerak menuju ke JB. Lebih kurang jam 4 pagi kami sampai di RnR Gelang Patah untuk bersihkan diri dan solat semua. Sarapan pun disediakan dan pada masa yang sama kami semua diminta untuk mengisi kad putih. Nak masuk Singapore perlu tau kad putih ni,biasalah depa strict sikit pasal ni.

Then lebih kurang jam 7 pagi kami sampai di imegresen Malaysia. Masa tu nampak banyak gila penunggang motosikal beratur nak masuk Singapore beb! Gigih tak gigih demi mencari rezeki di negara orang. Lepas tu kami masuk ke imegresen Singapore pulak, banyaklah bas-bas pekerja yang turunkan penumpang depa kat situ, berlari-lari pekerja semua nak scan passport yelahh takut kena tinggal dengan bas.

Masa kami masuk ke Singapore tu, hujan lebat gila. Destinasi pertama kami adalah ke Merlion Park yang ada patung singa keluar air tu. Haaa kalau masuk Singapore wajiblah bergambar kat sana sebagai bukti yang korang dah jejak kaki kat situ. Walaupun hujan kami still gigih untuk bergambar tak kisahlah basah kuyup pun asalkan dapat bergambar. Gigih gila!

Aku dah, korang bila lagi?
Dah siap bergambar lepas tu kami ke Garden By The Bay pulak. Apa yang ada kat sini? Tempat ni lebih kurang macam Floria Putrajaya tu tapi lagi gempak lah kan. Kami tak masuk ke dalam pun sebab nak jimat masa, kalau korang nak masuk at least 3 jam baru siap pusing-pusing kat dalam sana. Lagipun masa kami sampai sana, bas tak boleh nak parking so kami kena turun sekejap je then bergambar apa yang patut. Hehehe.

Puas dah bergambar, penuh gambar dalam phone.


Tiba masa untuk shopping, kami ke Bugis Street untuk cari ole-ole. Aku memang mindset taknak beli apa sangat, just beli ole-ole untuk family dan ehem ehem tersayang je. hahahaha

Penuhlah jugak bakul tu. Hehehe

Selepas tu kami ke Arab Street untuk makan! Yeayyyyy!!! Kalau ke Singapore wajiblah ke Restoran Zam Zam yang famous dengan murtabak dan nasi beriyani kat situ. 

Kami dah sampai sini! 

Kami order murtabak daging (SGD5),nasi beriyani ayam (SGD6.5) dan air limau ais (SGD1.5). Portion dia banyak so better korang share dengan kawan korang. Dapat jimat duit korang, makan pun kenyang. 

Kenyang gila!

Selepas tu kami jalan-jalan sekitar Arab Street tu, kalau nak beli ole-ole pun ada kat situ. Tapi aku tak larat nak berjalan aku pun pergi berehat sekejap dekat Masjid Sultan sementara menunggu waktu Zohor masuk.

Cantikkan masjid ni?

Bagi yang nak masuk ke USS korang kena bayar harga lain. So mainlah puas-puas dalam USS tu sampai lebam. 

Selepas solat semua kami pun ke Pulau Sentosa menaiki teksi. Sampai dekat sana wajiblah kan bergambar dekat globe USS tu walaupun tak masuk. Hehehe. Lepas tu berjalan ke semua tempat dalam Pulau Sentosa tu. Sakit kaki woii. Kalau tak larat nak jalan, naiklah trem yer. 

I'm here!!!
Kalau hampa nak tahu dekat Pulau Sentosa ni ada lagi seekor singa tapi tak keluar air lah dari mulut dia hehehe..

Kalau keluar air confirm basahlah weh. hahaha

Puas dah berjalan-jalan masa untuk pulang! Seronok jalan-jalan dekat Singapore ni. Kalau korang nak join boleh lah usha facebook Percutian Jimat Saya untuk trip-trip yang jimat dan murah!


Bersama Boss PJS - Mr Pacee!





















No comments: