Cinta.


Cinta...
Apa yang anda faham mengenai cinta?
Dari manakah datangnya rasa cinta?
Lahirnya sebuah cinta adakah datangnya dari hati?
Atau hanya hawa nafsu yang melonjak-lonjak inginkan cinta?

Cinta kepada Allah.
Cinta kepada Rasul.
Cinta kepada manusia.
Cinta kepada ilmu.

Semuanya berkaitan dengan cinta.
Hidup ini perlukan cinta.

Tetapi adakah kita mampu hidup tanpa cinta.
Adakah cinta sangat penting buat kita?

Tetapi ada kalanya kita salah menilai sebuah cinta.
Terlalu mengejar cinta manusia sampai kita lupa cinta kepada pencipta kita.

Kerana cinta anak muda sanggup memudaratkan diri sendiri.
Dan kerana cinta ada yang bermusuhan sesama sendiri.
Bahayanya sebuah cinta yang palsu.
Bahayanya sebuah cinta yang datangnya dari hawa nafsu.

Lihatlah dunia...
Kerana cinta ramainya anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Mangsa kerana dibuang oleh ibu bapa yang tidak mahu bertanggungjawab.
Allah...
Adakah kita semua sudah sampai ke penghujungnya?

Tetapi...
Cinta bukanlah memudaratkan kita sepenuhnya.
Ada cinta yang boleh membahagiakan kita.
Ada cinta yang mampu memberi ketenangan kepada kita.

Dari manakah cinta seperti itu datang?
Dari hati manusia yang ikhlas mencintai Allah.
Dan apabila kita mencintai Allah nombor satu...
In shaa Allah kita akan temui kebahagian yang sebenar.

Ingatlah bahawa cinta manusia itu tidak kekal selamanya kerana cinta kepada Allah adalah yang kekal selamanya.

Sekian...

2 comments:

Ibu Fahim said...

Ya, cinta itu indah.
Namun, masih mencari cinta Ilahi yang sejati.
Mahu merasa bagaimanakah kenikmatan cinta padaNya.
Sebagaimana yang dibukukan, nikmat yang dirasakan para sahabat Rasulullah...kecintaan apabila disiksa namun masih "Ahad...Ahad...Ahad.." AllahuRobbi.

Amie said...

Cantiknya pengertian cinta... tq for sharing. Follower 394...salam kenal.