Selamat Tinggal Asasi.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Ternyata begitu lama aku tidak menulis dalam blog ini.
Dan hari ini aku rasa rajin pulak nak menulis.

Dan kini...Tamatlah perjuangan aku sebagai seorang pelajar Asasi Sains Pertanian UPM pada 9 Mei 2014.
25 Mei 2013 aku mula menjejakkan kaki ke UPM sebagai seorang pelajar asasi dan kini aku melangkah keluar dan bakal menjejak masuk semula sebagai seorang mahasiswi UPM.
Doakan yang terbaik buat aku.



Sepanjang kehidupan aku sebagai seorang pelajar asasi,aku belajar banyak perkara yang sebelum ini aku langsung tidak tahu mengenainya. Dan aku juga mengenali ramai kawan yang berasal dari seluruh pelusuk negara ini. Tidakkah ayat aku begitu dramatis? Hehehe.

Dan aku bersyukur kerana dikurniakan rakan rakan yang banyak membantu aku. Ditempatkan di kolej 13 dan bilik f301 aku mengenali roommates yang sangat baik dan sentiasa membantu aku. Ada yang berasal dari Melaka,Johor,Pahang,Perak dan KL. Oh Jiha,Fati,Zal,Syiqah dan Ila,mengenali kalian semua membuatkan aku tidak berasa sunyi didalam bilik itu. Terima kasih kerana mewarnai hari hari ku.



Dan dimasukkan ke dalam kuliah 12 membuatkan aku mengenali lebih ramai kawan yang banyak karenahnya. Ada yang serius, ada yang melawak dan ada juga yang selamber je. Setiap hari belajar dalam kelas yang sama, lab yang sama dan ladang yang sama. Hehehe.
Terima kasih kerana melayan karenah aku yang kadang kadangnya menyakitkan hati dan kadang kadangnya ada gunanya juga. hehehe. Aku bahagia berkenalan dengan kalian semua. Thank you so much guys!


Although we are far each other now, but all of you are still in my heart. And I'll never forget our memories together. DOBLAS, I love you!

Last but not least, thank you Mom and Dad because always keep praying for me. Terima kasih kerana mendidik kakak sehingga menjadi insan yang seperti hari ini. If Allah willing, I'll try to be a better person soon!


Aku doakan semoga kawan kawan semua berjaya didunia dan diakhirat. Amin.
Semoga kalian mendapat course yang kalian inginkan.
Semoga kita berjumpa lagi.
Selamat tinggal asasi!


Lots of love,
Maya.








No comments: