Nama-nama yang sering di ganggu Jin .

Nama manusia yang sering diganggu oleh Jin berdasarkan kajian Ustaz Sharhan Shafie.
Berdasarkan kajian beliau, 60 hingga 70 peratus anak-anak yang pergi berubat dengan beliau bernama seperti 
Contohnya;
1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Badrisha/Badlisha/Herisha 
selalunya mempunyai banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.
Nasihat beliau sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama keduanya. Jika nama anak itu ‘Nurul Balqis’, biasakanlah memanggil ‘Nurul’ sahaja.
Terpulang kepada mereka ingin mempercayai atau tidak kerana ini hanya satu pengalaman dan nasihat beliau nasihat sahaja.
Segala yang berlaku semuanya dengan keizinan Allah.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab


Ketaatan Isteri kepada Suaminya .


WAHAI PARA ISTERI, MENTAATI SUAMI ADALAH KUNCI SYURGA
Syariat Islam telah mengatur hak suami terhadap isteri dengan mentaatinya. Isteri harus mentaati suami dalam segala hal yang tidak berbau maksiat, berusaha memenuhi segala keperluannya sehingga membuat suami redha kepadanya.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam sebuah hadits pernah bersabda, "Jika seorang isteri melakukan shalat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, nescaya dia akan memasuki Syurga Tuhannya." (HR. Ahmad).
Dalam hadits lain juga ada disebutkan, "Jika Aku(Allah) boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu Aku(Allah) akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya." (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Oleh karena itu, seorang isteri harus menuruti perintah suaminya. 
1) Jika suami memanggilnya, maka dia harus menjawab panggilannya. 
2) Jika suami melarang sesuatu maka dia harus menjauhinya. 
3) Jika suami menasihatinya maka dia harus menerima dengan lapang dada. 
4) Jika suami melarang tamu yang datang, baik kerabat dekat maupun jauh, baik dari kalangan mahram ataupun tidak, untuk masuk rumah selama dia bepergian, maka isteri wajib mematuhinya.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Ketahuilah bahwa kalian mempunyai hak atas isteri kalian dan isteri kalian juga mempunyai hak atas kalian. Adapun hak kalian atas isteri kalian adalah tidak mengizinkan orang yang kalian benci untuk memasuki rumah kalian." (HR. At-Tirmidzi)



Surah ad-Dhuha .


Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


Mencari Keredhaan Allah .


Biar kosong dunia, jangan kosong akhirat.
Tetapi kalau akhirat penuh, Insya Allah Dunia pun penuh.