Sejarah:Bab 1:Kemunculan Tamadun Awal Manusia.

Assalamualaikum dan hai semua.I'm back with a new tips for SPM students.Hehe..
Apa yang nak disharekan pada post kali ini ialah nota Sejarah Bab 1.
Dan kak maya hanya bagi nota tentang satu tamadun saja iaitu Tamadun Hwang Ho.
Mungkin boleh membantu kot??Harap-harap lah eh.InsyaAllah.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada dunia.

Politik

- Sistem pemerintahan monarki (beraja) diteruskan sehingga ke zaman pemerintahan Dinasti Ching.
- Konsep anak syurga dan mandat syurga dikaitkan dengan raja (maharaja)
Ekonomi

- Pembinaan sistem pengairan
- Teknologi pembajakan
- Mencipta cangkul dan sabit
- Membuat batas tanaman
- Membuat alat pertanian daripada besi menggantikan alat kayu
- Barangan tembaga seperti bekas minuman,senjata dan tembikar
- Senjata dihasilkan daripada gangsa

Sistem kalendar

- 30 hari sebulan
- Untuk menentukan musim

Sistem tulisan

- Tulisan ideogram
- Berkembang ke Korea dan Jepun

Konsep Yin dan Yang

- Yin ialah kuasa pasif
- Yang adalah kuasa aktif
- Percaya alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada unsur Yin dan Yang yang saling melengkapi.

Pemujaan roh nenek moyang

THE ART OF WAR (karya oleh Sun Tzu)


so macam mana? membantu ke tidok? kalau membantu sila-silalah komen okay.
dan ada lagi satu yang kak maya nak share dengan adik-adik semua.
formula nak ingat sistem tulisan dalam setiap tamadun.

Semua (Sumeria=Mesopotamia)  Mari (Mesir)  Ikut (Indus)  Hanita  (Hwang Ho)  
Cikgu(Cuneiform) Hanita (Hieroglif)  Puteri (Piktograf)  Islam (Ideogram)
just padankan ikut warna eh.dan cara bacanya macam ni:Semua Mari Ikut Hanita,Cikgu Hanita Puteri Islam.
formula ni kak maya creditkan kepada Cikgu Hanita iaitu guru sejarah di sekolah akak dan guru yang paling famous dalam daerah Raub,Bentong dan Kuala Lipis.hehe..Sama-sama kita doakan Beliau dapat gelaran Guru Cemerlang Sejarah.Amin.

*credit me if you want to copy this notes.

okaylah sampai itu saja nota kali ini.Bye!

Doakan Maya dapat 9A+ SPM 2012.Amin.♥





1 comment:

budak nakal! said...

thanks akak . membantu sangat =) semoga cemerlang dalam exam SPM 2012 . akak doakan saya jugak ye =)