Petua Dapur


Assalamualaikum wbt semua.
kali ni aku nak kongsi petua bila kat dapur.
aku pun bukan lah selalu ada kat dapur,tapi just nak shared jugak lah dgn anak dara semua.

hehehe...
aku ada 4 petua apabila ada kat dapur,

1. Cara memilih telur.
-Pilih telur yg tidak retak dan yg segar.
-Kulitnya kesat.
-Apabila digoncang dalamnya padat.

2. Merangupkan jering tua.
-Tanam jering tersebut kedalam tanah ataupun pasir.
-Biarkan selama 3 hari.
-Setelah dikeluarkan pastikan korang bersihkan tau.

3. Mengekalkan kesegaran udang.
-Udang basah mudah berbau kalau tak pandai simpan.
-First,korang bersihkan dan buangkan kulitnya dulu.
-Gaulkan udang tersebut dgn gula kasar.
-Simpan dalam peti ais.

4. Mengembalikan rasa sedap tempoyak.
-Semasa masak tempoyak dgn ikan ataupun bahan-bahan lain,campur dgn serai yg dititik dan daun kunyit.
-Kalau suka,boleh campurkan dgn pati santan.
-Rasa tempoyak itu pasti akan sedap.

okaylah selamat mencuba ye.
bye!

No comments: