Persediaan Minda Pelajar Cemerlang.


Assalamualaikum dan selamat pagi.
kali ni aku nak share dgn korang semua mcm mana nak buat persediaan minda sebagai seorang pelajar yg cemerlang.

Setiap orang nak cemerlang kan?? Tak de siapa nak gagal dalam masa depan dia.
tak tahu laa plak kalau ada yg tak nak berjaya kan...

okay tips ni aku dapat daripada hasil bacaan buku Osman Affan.
so memang bagus lah buku dia tu...korang mesti baca tau !

ada 3 tips untuk membuat persediaan minda sebagai seorang pelajar yg cemerlang.

1. Musnahkan VCD lama
Vcd-vcd itu perlu dimusnahkan terlebih dahulu. Jika ia tidak dimusnahkan, ia akan sentiasa terpasang dengan sendirinya setiap kali pelajar-pelajar tadi mahu mengulangkaji pelajaran.
Maksudnya korang kalau korang seorang yang malas and dah set dalam minda korang tu yg korang malas nak buat something,korang kena buang pemikiran mcm tu,musnahkan okay.

2. Cipta VCD baru
Vcd baru perlu dicipta. Alangkah baiknya jika setiap kali anda ingin mengulangkaji pelajaran, vcd yang terpasang sendiri akan memaparkan yang belajar itu menyeronokkan, menenangkan, mudah, membanggakan dan menggembirakan? Jadi, anda perlu mencipta vcd sebegini supaya ia dapat menggantikan vcd yang telah dimusnahkan tadi.

3. Mainkan VCD baru
“Play’. Mainkan vcd baru itu. Anda perlu pastikan vcd baru yang telah anda cipta itu terpasang setiap kali anda mahu belajar atau mengulangkaji pelajaran.

so kalau korang nak tahu lebih lagi kena lah beli buku ni.
aku tak sure kat kedai buku raub ni ada ke tak buku ni,
kalau korang rajin pergi lah cari eh.
kalau tak jumpa usahakan lah nak cari jugak buku ni,kalau korang nak berjaya lah.
InsyaAllah ada jalan..


semoga berjaya.
got to go !
bye !


1 comment:

mira_nas said...

good info, thanks.. harap berjaya laksanakan semua ni TT